Pages

Wednesday 27 April 2011

solehah...

>

Saudariku, muslimah solehah..

wanita muslimah, laksana bunga yang menawan…
wanita muslimah yang solehah bagaikan sebuah perhiasan yang tiada ternilai harganya,
Begitu indah…
begitu berkilau…
begitu metenteramkan…
teramat ramai yang ingin meraih bunga tersebut…
.
Namun tentunya tak sembarangan orang berhak meraihnya untuk menghirup madunya..
hanya dia yang benar-benar terpilih, yang dapat memetiknya…
yang dapat meraih pesonanya…
dengan harga mahal yang teramat suci…
sebuah ikatan amat indah bernama pernikahan…
.
Kerana itu sebelum saatmu tiba, sebelum orang terpilih itu datang dan menjemput mu ke istananya…
janganlah engkau biarkan dirimu layu sebelum masanya…
jangan kau biarkan serigala liar menjadikanmu bahan permainan dalam kerakusannya…
jangan kau biarkan kumbang berebutan menghisap madumu…
jangan kau biarkan mereka mengintipmu diam-diam dan menikmati pesonamu dalam kesendiriannya..
Jangan kau biarkan dia mempermainkan hatimu yang rapuh diatas nama taaruf, atas nama cinta…
Ya… atas nama cinta.
.
Saudari,
Tahukah kalian jika seseorang jatuh cinta, maka cinta akan membungkus seluruh aliran darahnya,
membeku dalam jari-jemarinya, dan menutup semua mata, hati dan fikirannya.
Membuat seseorang lupa akan prinsipnya,
Membuat seseorang lupa akan besarnya fitnah ikhwan-akhwat,
Membuat seseorang lupa akan apa yang benar dan apa yang seharusnya dia hindarkan,
Membuat seseorang itu lupa akan apa yang telah dipelajari sebelumnya tentang batasan-batasan pergaulan ikhwan akhwat…
Membuat seseorang menyerahkan apa sahaja, supaya orang yang  dicintai “bahagia”
Membuat orang tersebut lupa, bahawa cinta mereka belum tentu akan bersatu dalam pernikahan.
.
Saudari,
Kalian tentunya sudah mengerti dan faham.
bagaimana rasanya jika sedang jatuh cinta.
jika dia jauh, kita merasa sakit kerana rindu.
jika ia dekat, kita merasa sakit kerana takut kehilangan.
Padahal dia belum halal untukmu,
dan mungkin tidak akan pernah menjadi yang halal.
.
Saudari,
Jangan sampai cinta menjerumus mu kedalam lubang yang telah engkau tutup rapat sebelumnya,
Kerana itu, jika engkau mulai menyedari adanya benih-benih cinta mulai tertanam lembut dalam hatimu yang rapuh, bersegeralah membuat sebuah benteng yang tebal, yang kukuh…
Tanam rumput beracun disekelilingnya…
Pasang halangan berduri di laluan – laluannya,
Berlarilah menjauhinya, menjauhi orang yang kau cintai.
Buat jarak yang demikian lebar padanya.
jangan kau berikan dia kesempatan untuk menjajaki hatimu.
Biarlah air mata mengalir untuk saat ini…
Kerana kelak yang akan kalian temui adalah kebahagiaan…

Saudari,
Cinta sejati hanyalah pada Rabbul Izzati.
Cinta yang takkan bertepuk sebelah tangan.
Namun Allah tidak ego mendominasi cinta hamba-Nya.
Dia memberikan kita cinta kepada anak, isteri, suami, ibubapa dan kaum muslimin…
Cinta yang begitu dasyat pengaruhnya…
biarlah sakit ini untuk sementara waktu.
biarlah luka ini mengering dengan berjalannya kehidupan…
Kerana cinta tidak lain akan membuat kalian sendiri yang menderita…
Kalian sendiri…


Sumber: Muslimah Yang Sedang Dalam Penantiannya | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/muslimah-yang-sedang-dalam-penantiannya/#ixzz1KhseROR0

Tuesday 26 April 2011

Wanita..

>


Wanita.....

Dahulu dirimu tiada nilainya,
Kau ditanam jika rupamu tidak rupawan,
Kau dibesarkan jika memiliki raut wajah kecantikan
Sebagai pemuas nafsu dan barang dagangan
ketika kau dewasa kelak.....

Wanita.....
Diangkat martabatmu ke tahap tertinggi
Selepas Islam tersebar
Dipertahankan hakmu dan Islam membelamu
Dari terus dirosakkan oleh lelaki yang bertuhankan nafsu

Wanita.....
Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah
Kau dijamin memasuki syurga terlebih dahulu sebelum suamimu,
Telah dijanjikan nikmat-nikmat yang baik untukmu
Kerana kau menjaga kesucian dan harga dirimu
Dan juga cintamu pada Tuhan-Mu

Wanita.....
Kau memiliki kelembutan
kelembutanmu mampu menggoncang dunia
Kelembutanmu mampu mencairkan dan mendamaikan para lelaki
Seperti mana damainya Firaun tatkala ditenangkan oleh Asiah
Ketika Musa ingin dibunuh olehnya(Firaun)

Wanita.....
Kau tahu dirimu begitu berharga
Kau tahu dirimu begitu bernilai
Kau juga tahu kesucianmu begitu berharga

TETAPI.....
Mengapa kau berikan mahkotamu bukan pada suamimu
Mengapa kau rela menggadaikan maruahmu kerana wang ringgit?

Adakah kau lupa?
Wanita adalah yang terbanyak sekali menghuni Neraka Allah!

Adakah kau lupa?
Janji ALLAH itu pasti ...

Wanita.....
Mengapa kau berasa takut dan malu
Selepas nafsumu dipenuhi
Mengapa baru terbit sifat malumu
Ketika kau mendapati dirimu telah hamil
Hasil perbuatan kejimu
dan kemudiannya kau mengambil jalan pintas
Menggugurkan kandunganmu,
membunuh anakmu,
membuang bayi kecilmu yang tidak mengerti apa-apa

walaupun zahirnya anak itu adalah hasil di luar pernikahan

namun
...

Ingatlah

Setiap anak yang lahir di dunia ini fitrahnya adalah suci,
Ibarat kain putih yang bersih,
Ibu bapalah yang akan mencorak anak itu

Tetapi....
Hakikatnya,

Kau membuang zuriatmu,
Zuriatmu yang akan mendoakan kesejahteraanmu
ketika kau hidup, dan ketika kau sudah tiada,

Kau membuang zuriatmu di tempat-tempat yang merbahaya,
Menjadi santapan kepada haiwan-haiwan liar
yang sentiasa berkeliaran di mana-mana,


Wanita.....
Sedarlah.....
Sedarlah dari mimpi-mimpi yang tidak pasti,

Jangan kau biarkan dirimu disentuh oleh kumbang-kumbang larangan
Yang hanya ingin menghirup madumu,
Dan meninggalkanmu selepas ia merasa puas

Wanita....
Ingatlah dirimu begitu berharga
Biarlah kau dikatakan sombong
Asalkan kau tahu mana baik dan buruknya
Demi menjaga maruah dirimu
Jangan sekali kau serahkan jiwa dan ragamu
kepada kekasihmu....
kerana belum tentu ia akan menjadi suamimu....

Wanita....
Ingatlah sang lelaki amat bijak bermain kata-kataMereka amat bijak dalam tipu daya
Mereka akan berusaha mencapai apa yang mereka hajati
Sehingga mereka jemu dengan apa yang telah mereka rasai

Wanita.....
Tidakkah kau sedar semua ini
Mengapa kau masih bergembira dengan kekasihmu
Tidakkah kau sedar, 
Dirimu sentiasa dalam pengawasan Tuhan-Mu?

Wanita.....
Sedarlah

Jangan kau mengikut jejak Jahiliyah
Hargailah dirimu yang tinggi d sisi islam
Hargailah mahkotamu yang sangat berharga
Insaflah dengan perbuatan silammu
masih belum terlambat untuk segalanya
Kerana TuhanMu itu Maha Pengampun, Lagi Maha Mengasihani'

Wanita....
Labuhkanlah cintamu kepada Tuhan-Mu
kerna Tuhan-Mu akan lebih mencintaimu
dan Dia akan memberi kepadamu cinta yang sebenar.....


Wanita....

Hiasilah dirimu dan Jagalah peribadimu
Semoga dirimu berjaya menjadi wanita yang solehah
dan disayangi oleh Tuhan-Mu

Start..

>

mungkin da hbis ap yg kami(pija,ecah.biela) study....kini tbe plak ,ase ntuk transfer ilmu 2 demi(IKRAM)...
sebab 2 jgk la ak dpt blja sume2 (H.T.M.L n BLOGGER) scra prcma....jd...kne buat sehbis baik..START....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...